4 Minuman Ini Anda Kena Ambil Sebelum Tidur Kalau Nak Kurus - Abang Terlajak Laris


4 Minuman Ini Anda Kena Ambil Sebelum Tidur Kalau Nak Kurus


Tidur yang tidak mencukupi kerap dikaitkan dengan kenaikan berat badan – lapar pada hari seterusnya dan beberapa komplikasi lain seperti kenaikan gula dalam darah isu insulin.

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, anda harus berwaspada dengan apa yang anda minum sebelum anda masuk tidur – ada banyak minuman lain yang memberikan anda nutrisi untuk membina otot, membakar lemak dan menstabilkan kadar gula dalam darah.

Berikut adalah senarai 4 minuman yang patut anda ambil sebelum anda masuk tidur hari ini.
susu

1. Susu
Segelas susu (tidak kira panas atau sebaliknya) boleh membantu anda untuk tidur lebih nyenyak – terima kasih kepada dos kalsium dan tryptophan yang berkhasiat.

Disebabkan anda mendapatkan tidur yang lebih maka anda kurang lapar pada keesokan harinya. Disebabkan protein kasin itu lambat hadam, ia boleh membina otot anda sepanjang malam.

2. Jus Anggur
Segelas kecil jus anggur dari 100% anggur yang dikisar sejurus sebelum anda tidur boleh membantu anda untuk lebih lena dan membakar lemak ketika anda dihanyutkan mimpi.

Satu anti-oksidan iaitu “resveratrol” yang terkandung di dalam anggur menukarkan lemak putih berkalori kepada lemak perang yang membakar kalori

3. Teh Chamomile
Secawan teh chamomile yang panas ini boleh membantu tidur anda dengan menambahkan kadar glycine – sejenis transmitter otak yang meredakan sistem saraf anda bertindak sebagai sedatif.

Teh ini juga berfungsi untuk menurunkan suhu badan dan memudahkan anda untuk tidur lebih nyenyak.

4. Susu Kocak Protein Dari Soya
Kacang soya samada dalam bentuk susu atau serbuk adalah kaya dengan kandungan asid amino tryptophan.

Kata seorang pakar selain dari memudahkan anda lena tryptophan ini juga membantu mengurangkan kadar kortisol yang membantu menentang lemak pada perut.

No comments

Powered by Blogger.