4 Punca Rambut Cepat Sangat Beruban - Abang Terlajak Laris


4 Punca Rambut Cepat Sangat Beruban

Foto: Tribun Style
Masalah rambut beruban pada usia muda bukan sahaja menyebabkan anda kurang keyakinan diri dan berasa malu berada di khalayak ramai. Oleh itu, ketahuilah faktor-faktor yang menyebabkan rambut  anda beruban. Antaranya ialah;

1. Faktor Usia

Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.

2. Genetik

Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w.

Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut dan ini menyebabkan rambut seterusnya akan tumbuh tanpa pigment melanin.

3. Kekurangan vitamin B 12

Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.

4. Faktor-faktor lain

Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban.

Sebagaimana anda mengetahui faktor-faktor rambut beruban di atas, jom kenali langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah uban ini pula.

Sumber: www.wom.my

No comments

Powered by Blogger.