5 Makanan Ini Patut Lelaki Ambil Untuk Elak Kanser Prostat & Mati Pucuk - Abang Terlajak Laris


5 Makanan Ini Patut Lelaki Ambil Untuk Elak Kanser Prostat & Mati Pucuk

Foto: Food Mania

Menurut Pakar Pemakanan American Dietetic Association,(ADA) Christine Gerbstadt, jenis makan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga memberi manfaat untuk bahagian sulit lelaki. Antara makanan yang disarankan oleh Christine ialah:

1. Pisang

Pisang mengandungi magnesium dan vitamin B6 yang tinggi. Kandungan magnesium mampu kurangkan strok sementara vitamin B6 pula membantu meningkatkan sistem imun badan, metabolisma protein dan memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik.

2. Sayur Brokoli

Memng banyak khasiat yang terdapat dalam sayur brokoli. Antaranya potassium, vitamin C, beta karotina dan sulphoraphane. Sulphoraphane itu sendiri mengandungi khasiat anti kanser. Dengan memakan brokoli, ia dapat membantu mencegah kanser prostat dan kanser kolon. Malah, menurut kajian yang dilakukan Universiti Harvard, amalan memakan brokoli dan kobis mampu menghalang serangan kanser pundi kencing bagi lelaki.

3. Tiram

Pekena tiram yang direnjis dengan perahan lemon. Fuh, memang menyelerakan! Tiram bukan sahaja enak. Malah, ia mengandungi zink yang memperbaiki sel tubuh dan menghalang ia dariapda rosak hingga menyebabkan kanser prostat. Tiram juga bertindak untuk memelihara proses penghasilan sperma untuk lelaki.

4.  Kacang Brazil

Kacang Brazil mengandungi magnesium dan anti oksidan yang berupaya untuk mengelakkan serangan jantung dan memelihara kesihatan prostat lelaki. Buat mereka yang jenis suka makan kacang, makanlah Kacang Brazil untuk kesihatan. Tetapi jangan makan terlalu banyak pula. Nanti terkena gout pula!

5. Ikan

Ikan-ikan laut seperti Salmon dan Tongkol mengandungi Omega 3 dan vitamin D yang berupaya mencegah penyakit kencing manis, kanser dan tekanan darah tinggi. Khasiat Omega 3 sahaja mampu untuk mengurangkan sakit athritis, paras lemak dalam darah dan sakit kepala.

No comments

Powered by Blogger.