5 Petanda Anda Mungkin Hidap Penyakit Anemia - Abang Terlajak Laris


5 Petanda Anda Mungkin Hidap Penyakit Anemia

Foto: Anemia
Jika anda sering berasa penat sepanjang masa selama sebulan atau lebih, boleh jadi anda memiliki jumlah sel darah merah yang rendah. Kemasukkan energi tubuh bergantung pada oksigen dan sel darah merah. Semakin rendah sel darah merah, tahap oksigen dalam tubuh pun turut berkurangan.

5 petanda anda menghidap penyakit anemia (kurang darah).

Kelopak Mata Pucat

Tanda-tanda penyakit anemia ini mudah dikesan dengan melihat mata. Cuba regangkan kelopak mata dan perhatikan bahagian bawah mata. Jika anda melihat bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat, ia merupakan salah satu petanda anda telah mendapat penyakit anemia.

Kerap Sakit Kepala

Orang yang mengalami penyakit anemia sering mengeluh sakit kepala secara berterusan. Kekurangan darah merah membuat otak kekurangan oksigen. Perkara inilah yang sering menyebabkan sakit kepala.

Sering Terasa Mual

Anda yang menderita penyakit anemia seringkali mengalami gejala ‘morning sickness’ setelah mereka bangun dari tempat tidur.

Sesak Nafas

Jumlah darah yang rendah menurunkan tahap oksigen dalam tubuh. Perkara ini membuat anda yang menghidap penyakit anemia sering berasa sesak nafas atau sering terasa mengah ketika melakukan aktiviti seharian walaupun sekadar berjalan kaki!

Hujung Jari Pucat

Cuba tekan hujung jari anda, kawasan itu akan berubah menjadi merah. Tetapi, jika anda menghidap penyakit anemia, hujung jari anda akan menjadi putih dan pucat.

No comments

Powered by Blogger.