Lelaki Rahsiakan 5 Perkara Ini Daripada Wanita! - Abang Terlajak Laris


Lelaki Rahsiakan 5 Perkara Ini Daripada Wanita!


Setiap orang mempunyai keunikan dan personaliti masing- masing. Ada yang terserlah personalitinya dan ada juga hanya ditonjolkan pada sesetengah insan istimewa sahaja.

1. Manja

Secara luarannya lelaki diperlihatkan sebagai gagah dan kuat. Mereka tidak akan sesekali menunjukkan kelemahan mereka lebih- lebih lagi pada kaum wanita kerana ianya akan menjatuhkan ego mereka dan tidak mahu dipandang rendah. Namun begitu, jika wanita di luar sana mempunyai seorang lelaki yang disayangi, lihatlah sikap mereka pada anda dan orang lain. Lelaki tersebut mungkin kelihatan ‘cool’ di mata orang ramai, namun apabila bersama anda, mereka lebih lembut dan manja. Ini adalah kerana sifat lelaki itu yang inginkan perhatian terutamanya jika mereka sakit.

2. Mudah tertarik dengan wanita bijak

Lelaki lebih suka memilih wanita yang bijak untuk dijadikan pasangan hidup mereka. Ini kerana, wanita yang bijak dapat memberi pandangan yang bernas dan mempunyai pendirian yang tetap.

3. Suka berimaginasi

Lelaki sangat suka dan mudah untuk berimaginasi. Kadangkala, imaginasi mereka tidak masuk dek akal namun itu adalah realiti. Dengan cara mereka merenung kepada seseorang wanita, sebenarnya terdapat seribu satu khayalan dalam minda mereka. Minda mereka akan menerewang macam- macam terhadap apa yang mereka lihat.

4. Suka meluahkan perasaan kepada wanita

Sifat wanita yang penyayang setia mendengar apa yang diperkatakan oleh lelaki menyebabkan mereka senang untuk bercerita apa sahaja kepada anda. Ini menunjukkan mereka senang dan selesa dengan anda tetapi tidak semestinya mereka menyukai wanita tersebut.

5. Menerima baik buruk orang yang disayangi

Bagi lelaki, cukuplah anda wahai wanita memahami dan menyayangi mereka dan mereka dapat menerima baik buruk anda sekiranya mereka ikhlas menyayangi anda.

Sumber: www.lelaki.my

No comments

Powered by Blogger.