5 Sebab Perkahwinan Orang Dulu Tahan Lama Dan Bahagia - Abang Terlajak Laris


5 Sebab Perkahwinan Orang Dulu Tahan Lama Dan Bahagia

Foto: haon.hu
Pernah tak anda semua terfikir, macam mana perkahwinan orang-orang dulu boleh bertahan lama walaupun tidak pernah berjumpa sebelum bernikah dan boleh dikatakan jodoh mereka dipertemukan oleh keluarga masing-masing?

Jika kita bandingkan dengan hari ini, isu penceraian sudah menjadi perkara biasa. Walhal masa bercinta, bukan main bahagia lagi. Tapi selepas beberapa bulan kahwin, tahu-tahu je bercerai.

1. PERKAHWINAN DULU TAK ADA CINTA/DATING
Ramai yang mudah jemu bila bercinta. Kebanyakan anak muda sekarang bercinta sebelum kahwin. Tapi sebenarnya bercinta selepas kahwin lebih indah dan rasa cinta lebih kuat.

2. ORANG DULU BERKENALAN DENGAN SAUDARA MARA LEPAS SANDING BUKAN PERGI HONEYMOON
Kalau nak rumahtangga bahagia, tambat hati keluarga pasangan barulah aman hingga ke akhir hayat. Orang sekarang lepas kenduri je terus pergi honeymoon. Sampai saudara belah pasangan pun tak kenal. Habis buruk imej.

3. NAK BAHAGIA BUKAN SENANG, KENA ADA 3 PERKARA INI
Tambah wanita berkenaan, nak cari bahagia rumahtangga bukan senang. Kena ada 3 perkara ini iaitu sakinah (ketenteraman), mawaddah (cinta), wa rahmah (kasih sayang). Tiga perkara ini kalau kita ada, insya-ALLAH aman rumah tangga.

4. INGAT ALLAH KERANA DIA BERI KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA
Anak muda sekarang lebih mengejar dunia dari akhirat. Ingat pada ALLAH kerana Dia yang memberi kebahagiaan itu. Kalau dah datang bahagia, jangan abaikan. Rumah tangga kita itu, jagalah baik-baik.

5. TIADA CAMPUR TANGAN IBU BAPA
Sekarang ni ramai ibu bapa jadi penasihat dalam rumahtangga anak-anak. Kalau boleh, ibu bapa hanya beri nasihat, tak perlu campur urusan rumah tangga anak-anak. Ia hanya memburukkan keadaan dan boleh menyebabkan perceraian.

Sumber: Hanasuva

No comments

Powered by Blogger.