Ramai Lelaki Tidak Subur Akibat Suka Sangat Buat 5 Perkara Ini - Abang Terlajak Laris


Ramai Lelaki Tidak Subur Akibat Suka Sangat Buat 5 Perkara Ini

Maskulin Photos
Amalan gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta menghindari gejala yang tidak bermoral ternyata antara aspek terpenting untuk mencipta tahap kesuburan terbaik buat lelaki normal.

Kesan pancaran radiasi

Sinaran X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur. Elak daripada bedekatan dengan punca radiasi ini kerana ia kan emberi kesan buruk kepada tahap kesuburan anda.

Hindari suhu panas melampau

Haba yang terhasil daripada pelabagi factor seperti cuaca, bahan bakar, peralatan elektronik dan sebagainya adalah salah satu punca kepada ketidaksuburan lelaki. Pancaran secara terus haba yang panas mampu membuatkan kadar penghasilan sperma menjadi berkurangan dan mungkin menjadi lemah.

Jangan pakai seluar ketat

Ruang pengudaraan dan persekitaran yang lebih luas memudahkan alat sulit anda lebih selesa untuk menjalani proses produktiviti. Seluar dalam yang lebih ketat adalah tidak sesuai kerana kepadatan ruang yang dialami akan menyebabkan zakar dan testis anda sukar untuk menembusi udara dan menyempitkan saluran dalaman alat sulit untuk menjalani proses secara natural. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan ketidaksuburan dan produktiviti juga akan terjejas.

Jangan stress

Ketenangan sebenarnya mampu untuk menjadikan anda lebih fokus dalam melakukan apa jua perkara termasuk ketika beraksi di ranjang bersama pasangan. Fokus dan bertenanglah untuk hubungan seksualiti yang lebih berkesan.

Berhenti merokok

Selain daripada mengamalkan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, pengambilan protein yang tinggi serta anti-oksida yang mencukupi, anda perlu terlebih dahulu berhenti daripada merokok. Dengan berhenti daripada merokok, segala amalan diet yang dilakukan akan 200% lebih berkesan berbanding ketika masih anda merokok. Tidak guna jika amalkan makanan sihat tapi  masih tidak tinggalkan sikap merokok.

Sumber: www.karangkraf.com

No comments

Powered by Blogger.