6 Makanan Ini Elok Untuk Tingkatkan Fungsi Otak - Abang Terlajak Laris


6 Makanan Ini Elok Untuk Tingkatkan Fungsi Otak

Foto: SalmonGrill

Otak memerlukan nutrisi yang tepat daripada makanan yang boleh melindungi sel-sel otak, membantu regenerasi sel sehingga meningkatkan memori serta kemampuan berfikir.


Apakah makanan yang mampu meningakatkan fungsi otak? 

Ikan Salmon

Ianya kaya dengan asid lemak Omega 3 yang sangat bagus untuk otak dan fungsi kognitif secara keselurahannya. Omega 3 mampu meningkatkan fungsi otak pada orang dewasa usia produktif.

Telur

Di dalam telur, iaitu kuning telur terdapat ‘choline’ yang merupakan nutrisi yang berfungsi bagi perkembangan otak, bermula bayi dari dalam kandungan , anak-anak sehinggalah berusia. ‘Choline’ berfungsi untuk membangun membrane sel yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran molekul signal di otak, memperbaiki fungsi memori otak dan pelbagai fungsi lainya yang berkaitan dengan kesihatan otak.

Minyak Zaitun

Minyak zaitun merupakan lemak sihat yang boleh ditambakan pada hampir semua makanan. Kandungan pada minyak ziatun dapat membantu meningkatkan memori dan mencegah pelbagai penyakit. Selain itu, minyak zaitun juga bersifat antioksidan dan anti inflamsi yang keduanya penting untuk mencegah kanser.

Brokoli
Brokoli mengandungi banyak vitamin dan mineral yang diperlukan untuk otak, seperti vitamin B6, vitamin E, asid lemak Omega-3, kolin, protein, zinc dan juga selenium. Semua nutrisi tersebut akan bertidak balas pada kesihatan sel-sel otak. Selain itu, brokoli juga merupakan sumber kalsium, zat besi, mangan, vitamin A (dalam bentuk karotenoid), vitamin B1 dan juga tembaga.

Bayam

Sayur bayam adalah sumber vitamin E dan folat. Vitamin E penting untuk mempertajamkan fungsi kognitif, manakala asid folat mampu memperlancarkan perjalanan darah dalam tubuh, termasuk ke otak dan mecegah matinya sel-sel di otak.

Oat

Glukos merupakan bahan bakar utama gar otak dapat menjalankan fungsinya. Oat(oatmeal) merupakan sumber karbohidrat tinggi. Namun karbohidrat dari oat merupakan karbohidrat kompleks, khususnya jia diperbuat daripada gandum asli yang mana karbohidrat akan dilepaskan secara perlahan-lahan oleh tubuh sehingga otak akan ‘kenyang’ beberapa jam lebih lama daripada kebiasaannya.

No comments

Powered by Blogger.