7 Petanda Awal Penyakit Alzheimer - Abang Terlajak Laris


7 Petanda Awal Penyakit Alzheimer

Foto: Huffington Post

Walaupun kecacatan daya ingat boleh jadi normal dialami oleh warga tua, namun masalah daya ingatan yang kerap mengganggu aktiviti sehari-hari tidaklah normal. 

Tanda-tanda awal penyakit Alzheimer yakni merangkumi:

Hilang ingatan
Walaupun ingatan lama seolah-olah tidak terjejas, namun pesakit Alzheimer dapat melupakan peristiwa yang baru saja dialami ataupun janji-jani penting. Siapapun dapat melupakan sejumlah terperinci daripada peristiwa atau perbualan tetapi boleh berusaha mengingatinya lagi. Sedangkan pesakit Alzheimer boleh lupa sama sekali dan menganggap tidak terjadi apa-apa.

Pengulangan.
Pesakit Alzheimer mungkin mengulang-ulang-kadang kata demi kata-suatu cerita. Mereka mungkin terus menanyakan sesuatu yang sama berulang kali, tidak peduli seberapa banyak soalan itu sudah dijawab.

Masalah berbahasa
Kita semua kadang-kadang sukar mengingat suatu kata. Tetapi jika seseorang selalu bermasalah untuk mengingat bahkan kata-kata dasar, itu boleh jadi tanda awal penyakit Alzheimer. Cara mereka bercakap juga mungkin tidak jelas atau sukar untuk diikuti.

Perubahan personaliti
Mereka yang menderita Alzheimer mungkin suasana hatinya gampang berubah drastik. Kadang kelihatan emosional-marah atau kesal-tanpa alasan jelas. Mereka boleh merasa bosan melakukan hal-hal yang biasanya mereka nikmati. Ada juga yang menjadi curiga kepada anggota keluarganya sendiri.

Mudah tersasar dan kebingungan
Seorang pesakit Alzheimer boleh tersasar di tempat yang sebetulnya sering mereka lawati, misalnya di kompleks perumahannya sendiri. Ia mungkin kesulitan semasa melakukan aktiviti-aktiviti asas yang sering dilakukan, seperti memasak atau mencukur janggut.

Kurang menjaga kebersihan
Adakalanya ini adalah tanda awal penyakit Alzheimer yang paling mudah dilihat. Orang yang tadinya selalu rapi dan wangi setiap hari, tetapi mula malas mandi atau sering memakai baju kotor, boleh jadi mula mengalami Alzheimer.

Kelakuan aneh
Kita semua mungkin pernah lupa menyimpan kunci, tetapi pesakit Alzheimer boleh lupa menyimpan benda-benda di tempat yang sama sekali tidak ada kaitannya. Misalnya, menyimpan berus gigi di peti sejuk atau menyimpan susu di peti baju.

No comments

Powered by Blogger.