8 Perlakuan Kecil Ini Membuat Wanita Cair Dengan Anda - Abang Terlajak Laris


8 Perlakuan Kecil Ini Membuat Wanita Cair Dengan Anda


Ini adalah antara perlakuan-perlakuan kecil seorang lelaki menunjukkan mereka peduli, cara yang sama seorang wanita mempunyai naluri untuk menyayangi dan melindungi yang tersayang.

1. TOLONG BUKAKAN PINTU
Seorang lelaki yang membuka pintu kereta untuk wanita adalah seseorang yang romantik, terutama pada cuaca yang tidak menentu ini.Adakah si dia suka berdiri terbiar di luar kereta ? Walaupun tindakan ini hanya untuk beberapa saat, si dia pasti menghargai anda kerana mengutamakan keselesaannya dahulu.

2. MEMBERIKAN BAHAGIAN TERAKHIR MAKANAN
Apabila anda menyimpan kepingan terakhir untuk dia, anda sedang memaklumkan bahawa anda menyukai dia lebih berbanding makanan itu. Lebih-lebih jika anda menyuapkannya sendiri. Itu satu tindakan yang romantik.

3. MELUANGKAN MASA BERSAMA
Tunjukkan minat anda akan gambar-gambar si dia semasa bayi, membantu mengajar adiknya bermain bola dan memuji masakan ibunya. Jika anda nak hidup lama bersamanya, wajib lakukan ini semua. Ini merupakan tindakan-tindakan kecil, tetapi mengutarakan sesuatu yang besar akan niat anda

4. SANGGUP MENONTON CERITA BERSAMA
Apabila seorang lelaki secara sukarela menonton cerita ‘perempuan’ kerana si dia menginginkannya, lelaki itu layak mendapat ‘mata tambahan’. Lebih-lebih lagi jika lelaki lakukannya tanpa mengeluh atau mengharap pulangan.

5. MENGHANTAR BUNGA
Buatkan si dia tersenyum dengan hadiah sejambak bunga secara tiba-tiba ataupun spontan. Tidak perlu mahal-mahal. Si dia pasti menghargai anda

6. MENCIUM DAHI
Ini hanya untuk yang sudah sah berkahwin sahaja. Jika masih lagi dalam proses kenal-kenal, jangan cuba-cuba. Cium dahi si dia ketika saat-saat romatik, akan membuatkan dia rasa disayangi.

7. MENGISI TANGKI MINYAK
Aksi ini akan membuatkan dia terkejut pada awalnya. Bukan bermakna dia tidak berkemampuan untuk mengisi sendiri, tetapi ini sebenarnya merupakan petanda lelaki telah dididik dengan baik dan memang bersifat sopan. Apa salahnya jika anda ada duit lebih.

8. MEMAKAIKAN JAKET
Seorang wanita mampu untuk memakai jaket dengan sendirinya, namun ia bukan soal kemampuan. Seorang lelaki yang baik hati akan memakaikan si dia dengan jaket atau menawarkan jaket, terutama sekali pada waktu sejuk.

No comments

Powered by Blogger.