Amalkan Air Kulit Delima Untuk Awet Muda, Kulit Anjal - Abang Terlajak Laris


Amalkan Air Kulit Delima Untuk Awet Muda, Kulit Anjal


Perkongsian oleh Aisyah Badar Bajrai,

Kalau kita rajin minum air kulit delima ni, nanti muka kita awet muda, kulit anjal, kedut pun segan nak duduk lama. Ahh, muka pun boleh pinkish pinkish. Tapi kena rajin laa. 

Air kulit Delima

1. Amik kulit delima yang dah kering anggaran 2 jari. ( jemur kulit delima bawah matahari sampai dia betul betul kering) 
2. Rebus dengan segelas air selama 10-15 minit
3. Bila air dah warna kuning, dah boleh tutup api
4. Sebelum minum boleh masukkan madu. Baru la kita minum sedapp.

** air ni boleh minum 1-3 kali seminggu.

Ni antara khasiat kulit delima,

- 2x ganda antioxidant
- kaya dengan vitamin C
- bagus untuk usus, masalah cirit birit
- detox badan
- kurangkan kedut, lambatkan proses penuaan
- penawar sakit kepala
- batuk
- lembabkan kulit
- mencegah kanser
- buasir
- cacing
- turunkan kolestrol
- menguatkan jantung
- radang sendi/ antibakteria

Ps: Keringkan kulit delima dulu bawah matahari. Anggaran 7-14 hari. Bila nak guna, amik sikit je dah cukup.






No comments

Powered by Blogger.