Berat Badan Tetiba Naik Mendadak, Ini 4 Punca Anda Dah Buat! - Abang Terlajak Laris


Berat Badan Tetiba Naik Mendadak, Ini 4 Punca Anda Dah Buat!

Foto: HelloSihat

Ramai yang tidak sedar ataupun tahu apa punca yang telah membuatkan berat  badan mereka naik mendadak  kerana meremehkan soal kualiti tidur.Tahukah anda, tidur memberikan pengaruh besar terhadap berat badan anda.

Berikut adalah beberapa kesalahan yang berkaitan dengan waktu tidur yang menjadi punca berat badan naik mendadak!

Tidak Cukup Tidur

Biarpun anda telah membiasakan diri anda masuk tidur tepat pada waktunya, namun disebabkan sering terbangun di malam hari, itu bermakna kualiti tidur anda tidak baik. Kualiti tidur yang tidak mencukupi boleh menjadi punca berat badan naik mendadak atau menjadikan anda cepat gemuk. Tidur anda terganggu boleh disebabkan oleh perasaan cemas, takut, stress dan sebagainya.

Apabila mengalami stress, anda mempunyai kecenderungan untuk makan dengan lebih kerap. Makanan yang memiliki kandungan  unsur karbohidrat tinggi akan menambah serotonin dalam otak, sehingga menimbulkan kesan yang menenangkan. Sebaiknya carilah aktiviti lain untuk meredakan stress selain daripada makan!

Selain itu, bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, sebaiknya cubalah untuk lebih relaks sebelum anda melelapkan mata.Matikan TV, radio, gajet dan sebagainya.

Tidur Bukan Keutamaan

Ramai yang meremehkan waktu tidur dan memilih melakukan aktiviti lain daripada tidur.  Padahal kurang tidur boleh menyebabkan seseorang itu menjadi lebih cepat gemuk.  Ada yang mengatakan orang yang kurang tidur cenderung mengambil lebih banyak kalori dibandingkan mereka yang cukup tidur. Jika anda telah terbiasa kurang tidur, anda juga akan terbiasa mengambil lebih banyak kalori yang membuatkan anda cepat gemuk.

Bangun tengahari!

Jika anda termasuk dalam kategori mereka yang suka bangun lambat, segeralah mengubah tabiat buruk anda itu. Cubalah bangun pagi dan lakukan senaman ringan agar anda tidak berasa mengantuk. Usahakan untuk tidur lebih awal.

Tak Boleh Tidur Selagi Tidak Mengunyah!

Salah satu kebiasaan yang tidak baik ialah mengunyah di malam hari. Ramai yang mempunyai hobi untuk mengunyah sebelum tidur. Bahkan, mereka juga tidak boleh tidur selagi tidak mengunyah sesuatu. Membiarkan kebiasaan ini sudah tentu akan membuatkan membuatkan anda cepat gemuk dan kalori yang anda ambil setiap hari menjadi berlebihan.

No comments

Powered by Blogger.