Bila Suami Ada 5 Tanda Ini Mungkin Dia Mula Berubah Hati - Abang Terlajak Laris


Bila Suami Ada 5 Tanda Ini Mungkin Dia Mula Berubah Hati

Sumber: Leav.my
Jika suami mula berubah hati, pasti isteri dapat merasainya kan?

Gerak hati seorang wanita selalunya tepat, terutama sekali apabila menyentuh soal percintaan. Mereka dapat menangkap sekiranya terdapat sebarang kelainan ataupun perubahan pada pasangan.

Walaupun ada lelaki yang memandang remeh mengenai sesuatu perkara, misalnya terlupa untuk menghubungi kembali kerana terlalu sibuk dengan kerja boleh menyebabkan sesuatu perhubungan menjadi teruk dan seterusnya membawa kepada pergaduhan. 

Bagaimanapun, memang terdapat tanda-tanda nyata si dia sudah tidak mahu ada komitmen lagi dengan anda.

Saya, saya dan saya
Apabila berbual, suami tidak lagi menggunakan perkataan kita berbanding biasa. Apa sahaja yang diperkatakan lebih kepada mementingkan keperluan dan kehendak dirinya sendiri. Lelaki sebegini sebenarnya tidak lagi menumpukan sepenuh perhatian kepada anda. Mungkin ada perkara lain yang mengalih tumpuannya sejak kebelakangan ini. Boleh jadi dia telah bertemu dengan gadis lain jauh lebih baik atau dia tawar hati dan tidak lagi memiliki perasaan istimewa kepada anda.

Tidak suka gaya anda
Cuba anda perhatikan gelagat suami tatkala keluar membeli-belah. Adakah dia mencadangkan anda supaya membeli pakaian yang berbeza daripada anda selalu pakai? Atau dia selalu meluahkan rasa tidak selesa dengan penampilan anda? Ini boleh jadi antara petanda lelaki itu sudah tidak berminat dengan diri anda lagi.

Sukar untuk dijejaki
Pernah atau tidak anda berhadapan dengan situasi, suami anda enggan menjawab panggilan telefon yang diterima apabila berada di sisi anda? Adakah dia dengan pantas menyembunyikan emel atau apa-apa sahaja yang sedang dilakukannya sewaktu melayari internet? Maknanya dia sedang cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan anda.

Asyik bergaduh
Bergaduh itu pengikat kasih sayang. Tetapi jika berlanjutan tanpa kesudahannya bukan sahaja boleh memburukkan keadaan, bahkan merumitkan lagi perhubungan anda berdua. Cari jalan penyelesaian terbaik dan kaji sama ada perkara yang menjadi bahan tikaman lidah itu berbaloi sebelum mengakhiri perhubungan.

Tidak lagi galak berbual
Perbualan anda berdua semakin hari semakin hambar dan tiada isi langsung. Si suami tidak lagi suka memperkatakan dengan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara berbanding dahulu. Bermacam-macam alasan diberikan agar anda tidak mengajaknya berbual panjang.

No comments

Powered by Blogger.