Wanita Masuk Umur 40an, 6 Masalah Kesihatan Anda Kena Jaga Jaga - Abang Terlajak Laris


Wanita Masuk Umur 40an, 6 Masalah Kesihatan Anda Kena Jaga Jaga


Menjaga kesihatan, terutama wanita 40-an adalah perkara yang sangat penting dan perlu diberikan perhatian. Apapun, berusahalah menikmati hidup anda supaya tercipta hidup yang bahagia serta terhindar daripada segala penyakit.

1. Kerapuhan tulang

Osteoporosis atau kerapuhan tulang ini sering dialami oleh mereka yang sudah berusia. Ia terjadi kerana tulang menjadi rapuh akibat penurunan kepadatan tulang. Osteoporosis ini sering dialami kaum wanita dibandingkan kaum lelaki. Bahkan wanita juga cenderung kehilangan kalsium daripada tubuh mereka dengan mudah.

2. Arthritis

Arthritis atau radang sendi merupakan penyakit yang menyerang tulang selain osteoporosis. Athritis boleh mempengaruhi tulang belakang, pergelangan tangan, lutut, pinggang dan jari.

3. Gangguan Penglihatan

Penglihatan wanita 40-an mula berkurangan, dan anda harus membuat pemeriksaan mata. Glukoma juga merupakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan penglihatan. Glukoma dapat menyebabkan kerosakan saraf optik pada mata.

4. Tiroid

Orang yang letih, bertambah berat badannya, rambut rosak dan kulit kehilangan kesegarannya, disarankan membuat pemeriksaan tiroid. Pemeriksaan kelenjar di leher ini membantu mengawal tahap energi dan mengatur hormon.

5. Fungsi Kognitif Menurun

Daya ingat wanita 40-an mula menurun sedikit demi sedikit. Apabila seseorang mengalami keadaan ini biasanya dia akan mengalami kebingungan pada ketika melakukan sesuatu.

6. Gangguan Emosi

Bukan hanya gangguan fizikal sahaja yang membayangi kehidupan wanita 40-an. Namun, masalah kesihatan ini juga saling berkait dengan mental. Bahkan, wanita 40-an mempunyai masalah tidur yang lebih teruk berbanding lelaki. Tidur yang tidak berkualiti juga akan menambah risiko hipertensi pada wanita sehingga dua kali ganda.

No comments

Powered by Blogger.