5 Khasiat Buah Nona Untuk Ibu Mengandung - Abang Terlajak Laris


5 Khasiat Buah Nona Untuk Ibu Mengandung


Rasanya yang manis, mengandungi sangat banyak khasiat buat para bakal ibu. Jom lihat antara kelebihan buah nona ini untuk ibu hamil:

1. Sumber vitamin A dan C

Dua vitamin ini sangat penting buat ibu hamil kerana ia membantu perkembangan janin. Ia membantu mengembangkan saraf janin dan juga pertumbuhan bayi anda. 

2. Kaya dengan kalori

Wanita mengandungi memerlukan ekstra kalori untuk memastikan badan sentiasa berternaga. Buah ini mengandungi kalori yang tinggi. Juga bagus buat anda yang ingin menambah berat badan. 

3. Melawan sembelit

Antara masalah ibu hamil ialah sembelit. Namun jangan risau, buah nona tinggi kandungan serat. Ia sekaligus memberi tenaga, melancarkan penghadaman dan juga meningkatkan peredaran darah. 

4. Menyingkirkan racun

Buah nona tinggi dengan antioksidan. Ia dapat melawan radikal bebas dan menyingkirkan toksin juga racun dalam badan. Buah nona juga membuatkan anda selesa dan terhindar daripada morning sickness.

5. Atasi masalah gigi

Ibu hamil sering mengalami radang gigi dan gusi. Namun buah nona dapat mengurangkan masalah ini. Ini kerana ia kaya vitamin dan nutrisi.

No comments

Powered by Blogger.