Gabungan Bahan Dapur Ini Mujarab Buang Angin Dalam Badan & Sakit Badan - Abang Terlajak Laris


Gabungan Bahan Dapur Ini Mujarab Buang Angin Dalam Badan & Sakit Badan


Perkongsian oleh Farah Addyan,

Badan banyak angin?
Nak kempis perut lepas bersalin?
Sakit pinggang? Sakit badan?
Kebas kaki?
Sakit urat?

Jamu Tradisional dari dapur

Salam warga KDP. Saya nak kongsi 1 jamu yang mudah disediakan. Bahan bahannya pula boleh dapat dari dapur sahaja. Murah, jimat dan berkesan inshaAllah yang penting konsisten amalkannya.

Saya baru 55 hari lepas berpantang anak ke-7 dan hampir 2 tahun amalkannya sejak melahirkan anak ke-6. Alhamdulillah serasi dan sangat baik untuk wanita dalam dan selepas pantang.

Bahan:
Halba, ladahitam, habatussauda, manjakani, bawang putih, halia  dan kunyit.

Cara cara:
Sangaikan semua bahan bahan dan tumbuk. 



Khasiat:
Panaskan badan ibu dalam pantang, buang angin dalam badan, kecutkan peranakkan, sakit badan, kebas kaki, kempis perut, dan lain lain.

Cara makan: 
Pagi (Sebelum makan) dan malam (sebelum tidur). Gentelkn bulat bulat macam maajun sebesar saiz ibu jari.

Selamat mencuba.


No comments

Powered by Blogger.