Cara Buat Kek Pisang Paling Lembap & Gebu - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Kek Pisang Paling Lembap & Gebu

Perkongsian oleh Projek Masak Ibu Azzah,


Bahan bahan

Bahan A:
3 biji telur gred A 
190 gm minyak jagung 
200 gm gula kastor 
1/4 sudu kecil garam 
1/2 sudu kecil esen pisang 

Bahan B: 
250 gm Pisang berangan yg dah dilenyek /hancurkan 

Bahan C: 
150 gm tepung gandum 
1 sudu kecil soda bikarbonat

Notes 
*boleh guna minyak masak ganti minyak jagung 
*boleh guna sebarang jenama tepung gandum 
*pisang berangan boleh ganti dgn pisang emas 
*kalau tiada telor gred A, guna greb B 4 biji


Cara-caranya

1. Mula mula, prepare loyang dulu. Guna loyang petak saiz 7 inci. Sapukan marjerin keseluruhan permukaan loyang.

2. Alas loyang dengan baking paper. Cuma bahagian tapak sahaja. Tepi loyang tak perlu.

3. Lenyek pisang sampai hancur. Kalau tak ada alat yang sesuai, guna je buntut gelas atau botol.

4. Sediakan hirisan pisang untuk diletak atas adunan kek nanti. Nak potong nipis bulat bulat pun boleh. Atau hiris memanjang, ikut suka korang lah.

5. Ayak tepung dengan soda bikarbonat dalam besen.

6. Masukkan telur, minyak dan gula, garam dan esen dalam blender. Blend tak perlu sampai seminit pun. Yang penting gula hancur dan sebati dengan bahan lain.

7. Masukkan pisang lenyek dalam blender tadi & sambung blend 5 saat sahaja. 5 saat je k bukan minit.

8. Next, curahkan adunan pisang ke dalam besen yang dah berisi dengan tepung yang dah diayak dengan soda bikarbonat.

9. Kacau dengan whisk atau spatula sampai sebati. Curahkan adunan ke dalam loyang.

10. Susun hirisan pisang td atas permukaan kek. Nak tabur kacang badam /walnut pun boleh,lg sedap.

11. Bakar kek dengan suhu 160 selama 1 jam (sampai masak). Masa bakar sebenarnya bergantung pada oven korang juga. So, cara nak pastikan kek masak, bila cucuk dengan lid akan bersih (tak melekat sisa kek).

12. Siap, Boleh keluarkan panas panas dari oven. Kek yang keluar dari oven, bila suhu semakin turun, kek akan mengecut sedikit. Guna pisau, sisipkan tepi loyang utk mudahkan proses.

**just nk bgtau, kek ini lagi sedap makan esoknya. Lagi moist dan enak.

No comments

Powered by Blogger.