Cara Buat Laksa Guna Ikan Sardin Tin - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Laksa Guna Ikan Sardin Tin


Perkongsian oleh Nor Azlinda Mohamad,

Mommy hat busy ataupon baru nak belajaq buat laksa boleh try sardin tin.Mak bedah guna sardin tin cap king cup. Memang dari kecik sampai la ni memang itulah pilihan kalbu. Sebelum ni mak bedah buat laksa pakai ikan.Kekadang campur jugak ikan fresh ngan ikan sardin tin ni. Tapi kali ni, saja try pakai 100% sardin yang dalam tin. Sangat mudah uolls. Jimat masa. Rasanya perghhh terangkat bermangkuk mangkuk kot :-)

Cuma cili yang diblend bersama bawang dan belacan mak bedah tumis dulu.Ampa jangan la letak minyak banyak sangat. Sikit jer tau. Bagi cili tu betul betul masak baru masukkan sardin tin yang diblend sekali ngan sos ye. Lepas tu masukkan la segala asam keping, daun kesum, bunga kantan dan garam. Masak guna api kecik jer. Mak bedah masak kuah laksa memang 1 jam lebih baq ang. Barulah laksa tak mudah basi. Tahan lama gitew. Pastu mesra alam baq ang.
Ampa try la nah. Serius sedap :-)

No comments

Powered by Blogger.