Cara Buat Sambal Goreng Jawa Jadi Sedap! - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Sambal Goreng Jawa Jadi Sedap!


Bahan-bahan:

4 tauhu
2 tempe
1 fucuk
200g suun
300g udang segar
100g udang kering
1/3 cawan kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
Gula dan garam secukup rasa
2 cawan minyak masak, untuk menumis dan menggoreng
5 cili merah
2 cili hijau
½ cawan air
5 ulas bawang putih
4 bawang merah
1 inci halia, dihiris halus
Sedikit air asam jawa

Cara Membuatnya:

1. Goreng dan potong tauhu dan tempe kepada setengah inci.
2. Rendam fucuk dan suun dengan air.
3. Tumbuk halus udang kering dan bawang putih.
4. Mayang halus bawang merah dan halia. Cili merah dan cili hijau pula dihiris.
5. Tumiskan bahan yang dimayang. Masukkan udang kering dan udang segar. Tambahkan air, air asam jawa dan kicap manis.
6. Masukkan cili, suun dan fucuk. Tambahkan gula dan garam.
7. Masukkan tauhu dan tempe, gaul rata. Biarkan seketika dan angkat.

No comments

Powered by Blogger.