Cara Cepat Lembutkan Daging Yang Sejuk Beku Kurang 30 Minit - Abang Terlajak Laris


Cara Cepat Lembutkan Daging Yang Sejuk Beku Kurang 30 Minit

Perkongsian oleh Syamsul Amir Abdul Manaf,

Buat kaum perempuan atau mak-mak yang nak masak mesti leceh nak tunggu daging atau ayam yang kita bekukan kat dalam peti sejuk jadi lembut sebelum boleh potong dan masak. Kadang-kadang tu belum balik lagi mak dah call suruh keluarkan rendam daging nak masak.

Sebenarnya ada cara mudah nak lembutkan daging dalam masa 5 minit je tau!

CARA CEPAT LEMBUTKAN DAGING YANG SEJUK BEKU

Sebenarnya ada cara mudah nak lembutkan daging dalam masa 5 minit je tau! Tapi sebelum tu anda perlu dua periuk jenis steel.



Caranya:

1. Letakkan sebuah periuk secara terbalik.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk). Isikan air ke dalam periuk tersebut.
4. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut.


Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)

Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging?

Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat nak lembutkan daging tu.

Nota kaki: Konsep luas permukaan daging yang bersentuhan dengan konduktor (periuk). Lebih banyak permukaan yang bersentuh dengan periuk, lebih cepat defrost.

Periuk besi berfungsi sebagai conductor haba. Di sekeliling periuk besi itu ada udara. Haba suhu bilik akan dipindahkan dari udara kepada daging yang sejuk itu secara berterusan melalui proses “convection current” melalui periuk besi.


1 comment:

  1. Thanks sharing. Singgah dengar lagu abang nak tegur sekali :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.