Cara Gunakan Yogurt Untuk Lembapkan Kulit &Atasi Masalah Penuaan - Abang Terlajak Laris


Cara Gunakan Yogurt Untuk Lembapkan Kulit &Atasi Masalah Penuaan


Selain rasanya yang enak, ternyata yogurt juga mempunyai kebaikan lain untuk kesihatan wanita.

1. Melembabkan Kulit
Salah satu kebaikan yogurt untuk kulit adalah melembabkan dan membuang sel kulit mati. Sapukan yogurt ke seluruh wajah, tangan serta kaki. Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci dengan air suam.

2. Mengatasi Masalah Penuaan
Yogurt mampu mencegah anda daripada masalah garis-garis halus yang boleh membuatkan anda nampak lebih tua daripada usia sebenarnya. Campurkan yogurt bersama minyak zaitun dan urut-urutkan di wajah dan biarkan selama 30 minit. Lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

3. Menghilangkan ‘Mata Panda’
Sapukan yogurt di kawasan sekitar bawah mata selama 15 minit sebelum anda membersihkannya. Selain itu, campuran yogurt bersama serbuk kunyit, perahan air limau nipis dan madu boleh disapu pada bahagian kulit yang menjadi gelap akibat sinaran cahaya matahari. Biarkan selama 40 minit, setelah itu barulah dicuci.

4. Sumber Probiotik
Kebanyakan ibu mengandung sering mengalami pelbagai gangguan penghadaman seperti masalah sembelit.Yogurt mengandungi probiotik semulajadi yang mampu membantu perkembangan saraf bayi. Selain itu, probiotik juga membuatkan sistem penghadaman ibu mengandung menjadi lebih sihat.

5. Menguatkan Tulang & Gigi
Yogurt mengandungi vitamin D dan kalsiym yang baik untuk kesihatan tulang dan gigi. Kalsium jug baik untuk kepadatan tulang sehingga mampu mencegah penyakit osteoporosis atau kereputan tulang.

6. Mencegah Infeksi Kulat
Bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan alat sulit anda, menikmati yogurt adalah salah satu cara mudah untuk mencegah risiko infeksi kulat di bahagian alat sulit.

Sumber: Homemadeyogurtrecipe

No comments

Powered by Blogger.