Kulit Badan Terasa Lesu, Kering & Kusam, Cuba Skrub Ini - Abang Terlajak Laris


Kulit Badan Terasa Lesu, Kering & Kusam, Cuba Skrub Ini


Kulit badan anda terasa lesu, kering dan juga kusam selepas seharian bekerja? 

Apa yang boleh dilakukan ialah detoks dan singkirkan elemen sel mati pada kulit anda supaya ia kembali tampil bercahaya, cerah dan lembap. 

Penggunaan garam sangat digalakkan dengan cara melakukan skrub dan rendaman. Ini kerana ia mampu menyingkirkan sel kulit mati dengan efektif seterusnya menjadi ejen pelembap kulit yang sempurna. 

Satu kajian yang dilakukan di University of Kiel yang terletak di Jerman, masalah kulit yang sangat kering boleh dilegakan dengan merendamkan badan dalam air yang dicampurkan garam selama 15 minit. 

Mereka dapati ia sangat membantu melembapkan kulit dengan cara menyingkirkan elemen penghalang yang menyebabkan kulit sukar lembap. Liang-liang yang tersumbat juga kembali berfungsi dengan baik dan memudahkan penetrasi zat pada kulit. 

Jom legakan kulit lesu dengan skrub dan juga rendaman air garam!

No comments

Powered by Blogger.