Detox Guna Green Tea Untuk Kuruskan Badan - Abang Terlajak Laris


Detox Guna Green Tea Untuk Kuruskan Badan


AmiEra Farhann Johan kongsikan petua ini, 

Kita hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita. Saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga.

Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak operate 2 kali, perut susah nak kempis sebelum ni. Angin-angin habis keluar. Bila sendawa dan kentut-kentut rasa lega sangat. Tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.

Bahan-Bahan

Green tea cap boh 1 uncang
1sb Halba
Halia (Ikut suka nak letak banyak mana, lagi banyak lagi bagus)
2 cawan air masak

Cara Penyediaan

Rebus semua bahan sampai mendidih.
Tunggu agak-agak dah suam kuku. Minum.
Nak tambah madu sikit pun ok.
Bagus amalkan masa perut kosong, sebelum makan.
Detox ni laki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawa keluar angin jahat, juga boleh turunkan berat badan.

Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya ni. Doakan saya pun mampu konsisten ya.

Nota Tambahan

Untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani atau kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari. 1-2 kali seminggu tu dah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.

No comments

Powered by Blogger.