Duduk Terlalu Lama Buat Anda Jadi Gemuk! - Abang Terlajak Laris


Duduk Terlalu Lama Buat Anda Jadi Gemuk!

Biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya. Semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.

Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat. 

Menurut satu penelitian bahawa dengan bersukan dan membuat beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.

Bagi mereka yang sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat berbanding dengan mereka yang rajin bersukan atau bersenam.

No comments

Powered by Blogger.