9 Ayat Ini Jangan Sesekali Cakap Pada Isteri, Elak Menyinggung Perasaannya - Abang Terlajak Laris


9 Ayat Ini Jangan Sesekali Cakap Pada Isteri, Elak Menyinggung Perasaannya


Suami dan keluarga perlu banyak tolong menolong dari segi bantuan tenaga dan moral support kerana banyak yang perlu dipelajari bersama-sama.  Realitinya, bukan mudah menjaga bayi. Oleh itu apabila bayi meragam atau isteri perlu bantuan, suami perlu diingatkan agar elak menyinggung perasaan dan emosi dengan memberi komen-komen di bawah kepada isteri.

“Dari tadi abang dengar anak menangis. Boleh tak awak buat sesuatu untuk senyapkan dia?”

Sebaliknya: cuba tanya isteri mengapa anak meragam dan bersama-sama membantu untuk menyenangkan anak anda

“Sekarang ini giliran awak untuk tukar pampers anak”

Sebaliknya: tidak payah berkira dengan isteri anda malah sentiasa meringankan beban isteri anda kerana isteri anda pasti letih sudah seharian anak dan juga rumah tangga.

“Sorry. Abang penat sangat, tak dapat membantu awak jaga anak malam ini”

Sebaliknya: Tanggungjawab menjaga anak bukan terletak pada diri isteri malah suami. Kalau anda penat, isteri lagi penat, terkejar-kejar masa untuk suami dan bayi.

“Abang nak pergi kerja ni. Bestnya jadi macam awak jaga anak seharian”

Sebaliknya: Ucapkanlah terima kasih pada isteri anda kerana membantu menjaga anak kerana bukan mudah menjaga anak kecil yang perlu diberi susu, mandi, cuci, dodoi dan ditidurkan. Tidak semua orang boleh membuat banyak kerja dalam masa satu hari.

“Apa kata kita kasi anak susu formula? Abang kesian tengok awak asyik kena susukan anak”

Sebaliknya: Support isteri agar breastfeed anak sebab ibu biasanya akan merasa confident apabila dapat menyusukan anak. Lagipun ia dapat mengeratkan lagi hubungan dengan anak. Bila isteri sudah menyusukan anak, bagi peluang untuk isteri berehat.

“Sejak ada anak, kita tak melakukan hubungan intim langsung. Ini rasa nak cari lain ni! “

Sebaliknya: Fahami situasi isteri yang biasa kepenatan seharian menjaga anak dan juga rumah tangga. Tidak dikira lagi dengan hormon yang tidak seimbang. Faktor-faktor ini menyebabkan isteri kurang bersemangat untuk mengadakan hubungan intim. Beri isteri masa.

“Kenapa rumah tak teratur ni? Apa yang awak buat hari ini?”

Sebaliknya: Bantu isteri mengemas rumah sama ada sebelum anda pergi kerja atau selepas balik kerja.

“Mak saya kata…”

Sebaliknya: Beri peluang kepada isteri untuk menjaga anak dengan caranya sendiri. Elak banding membanding dengan sesiapa pun walaupun adik-beradik sendiri.

“Ingat dah bersalin awak slim balik. Bila nak hilangkan lemak-lemak kat badan awak ni?”

Sebaliknya: Peka dengan sensitiviti isteri. Ingat, isteri pun tidak suka ‘membina’ badan , namun bukan pekara mudah untuk menurunkan berat badan. Lebih bagus, jika suami sanggup korbankan wang ringgit untuk menghantar isteri ke gym atau kelas zumba untuk membuang lemak-lemak di badan.

No comments

Powered by Blogger.