1 Sudu Cuka Epal Setiap Hari Selama 60 Hari, Anda Akan Rasa Kesannya Nanti - Abang Terlajak Laris


1 Sudu Cuka Epal Setiap Hari Selama 60 Hari, Anda Akan Rasa Kesannya Nanti


Cuka epal sememangnya sangat berguna dari sekecil-kecil perkara seperti melawan selesema, sehinggalah membantu menurunkan berat badan dan juga melawan sakit jantung. 

Antara ciri yang sangat digemari sudah tentu bila ia mampu menurunkan kadar kolestrol secara semula jadi. Kajian juga mendapati pengambilan cuka epal ini mampu melindungi arteri daripada rosak akibat kolestrol yang tinggi. 

Selain itu, kandungan acetic acid mampu membantu menahan selera makan, meningkatkan metabolisme badan dan meningkatkan penyerapan mineral daripada makanan yang anda ambil. 

Acetic acid ini banyak lagi kegunaannya. Dikatakan ia bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid dalam badan yang menjadi punca pelbagai penyakit dan keradangan.


Nah, bagi anda yang ingin mencubanya, boleh lakukan seperti di bawah: 

1. Pilihan cuka epal yang dilabel 'organic raw unfiltered apple cider vinegar' adalah yang terbaik. 

2. Cara menikmatinya secara harian, hanya tambahkan dua sudu cuka epal ke dalam satu gelas air suam. 

3. Anda juga boleh menambah satu sudu madu atau perahan lemon untuk menambah rasa enak.

4. Minum setiap hari sekurangnya 60 hari dan lihat kesannya pada kesihatan anda. 

5. Jika anda tidak gemar menikmati dalam bentuk minuman, tambahkan cuka epal dalam makanan seperti salad atau masakan lain. Selamat mencuba! - CARI


No comments

Powered by Blogger.