Ibu Bapa Mempunyai Lebih 4 Anak Atau Lebih Lagi Bahagia - Kajian - Abang Terlajak Laris


Ibu Bapa Mempunyai Lebih 4 Anak Atau Lebih Lagi Bahagia - Kajian


Kajian ini dilakukan oleh Dr. Bronwyn Harman dari Auckland University of Technology selama lima tahun.

Dr. Harman melakukan kaji selidik dan juga temubual daripada beratus-ratus ibu bapa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Seperti ibu bapa berbeza jenis kelamin, sesama jenis, ibu tunggal, bapa tunggal, keluarga dengan banyak anak, dan yang mempunyai anak tunggal.

Tiap keluarga diminta untuk memberi nilai seberapa besar sokongan sosial yang mereka terima, berapa puas terhadap hidup yang mereka jalani, dan terperinci megenai kepercayaan diri mereka. Melalui kajian ini, dr Harman kemudian menyusun kumpulan ibu bapa berdasarkan nilai yang diperolehi.

Ternyata ibu bapa dengan empat anak atau lebih, didapati sebagai kumpulan yang paling puas dan berbahagia dalam hidup. Alasannya, keluarga besar mereka memberikan sokongan dalam jumlah besar dan mereka sangat jarang bosan. Diketahui bahawa anak-anak dalam keluarga besar ternyata juga lebih cepat belajar tanggungjawab dari saudara yang lebih tua dan lebih muda, kemudian mereka juga lebih mampu menyokong ibu bapa dengan merawat adik-adiknya.

Sumber: KOMPAS

No comments

Powered by Blogger.