Kanak Kanak Perlu Minum Susu Setiap Pagi, Nak Tahu Kenapa? - Abang Terlajak Laris


Kanak Kanak Perlu Minum Susu Setiap Pagi, Nak Tahu Kenapa?



Sebenarnya, anak-anak anda seharusnya minum dua hingga ke tiga gelas susu setiap hari dan pengambilan susu setiap hari perlu dikekalkan sehingga ke usia emas.

Susu adalah minuman yang kaya dengan pelbagai nutrien. Susu merupakan sumber mineral dan vitamin yang baik seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B dan vitamin D. Kalsium merupakan mineral yang sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.

Anak-anak diperingkat umur persekolahan masih dalam proses tumbesaran dan mereka memerlukan kalsium untuk pembentukan dan kekuatan tulang dan gigi.

Produk tenusu juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Contoh produk tenusu yang berada di pasaran ialah keju dan yogurt. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan anak-anak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium jika dibandingkan dengan orang dewasa.

ANAK-ANAK YANG KURANG MINUM SUSU ATAU TIDAK MENGAMBIL APA-APA JENIS PRODUK TENUSU AKAN MENYEBABKAN KEKURANGAN KANDUNGAN KALSIUM DALAM BADAN.

Kekurangan kalsium pada peringkat umur ini akan menghalang kanak-kanak daripada mencapai ketumpatan tulang maksimum (atau dikenal sebagai peak bone mass). Ini boleh meningkatkan risiko terhadap penyakit tulang rapuh (osteoporosis) atau risiko kepatuhan tulang yang serius pada peringkat dewasa.

Hasil Kajian Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS) (2013) menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan Vitamin D dan 1 daripada 20 orang mengalami masalah kekurangan nutrisi adalah sangat penting untuk mereka minum dua sajian susu sehari untuk memastikan mereka mendapati nutrisi yang diperlukan setiap hari.

No comments

Powered by Blogger.