Ini Sebabnya Sesetengah Orang Memiliki Lubang Kecil Pada Bahagian Telinga? - Abang Terlajak Laris


Ini Sebabnya Sesetengah Orang Memiliki Lubang Kecil Pada Bahagian Telinga?


Adakah anda perasan, ada sesetengah di antara kita yang dilahirkan dengan lubang kecil pada bahagian atas telinga. Lubang tersebut dikenali sebagai preauricular sinus.

Mungkin ianya nampak seperti perkara biasa yang tidak akan memudaratkan pada sesiapa yang memiliki lubang kecil ini, tetapi ketahui apa sebenarnya lubang kecil berkenaan dan apa kesannya.

Lubang kecil pada bahagian atas telinga atau Preauricular sinus merupakan kecacatan kongenital biasa yang pertama kali dapat dikenal pasti pada tahun 1864.

Penyakit ini kebiasaannya dikenalpasti semasa rutin pemeriksaan fizikal. Ia dapat dikenalpasti dengan pembentukan cyst atau bonjolan yang boleh menjadi bengkak di hadapan telinga. Sinus Preauricular diwarisi secara autosomal dominan. Ia boleh timbul secara spontan.

Ia juga boleh berlaku di kedua-dua belah telinga dalam 25-50 % kes, dan boleh juga berlaku pada sebelah bahagian sahaja.Ubat antibiotik serta pembedahan kecil perlu dilakukan sekiranya cyst atau kantung tersebut mengalami jangkitan.

Walaubagaimanapun, pembedahan untuk membuang atau mengeluarkan semua cyst/kantung tersebut mesti dilakukan bagi memastikan jangkitan sinus preaurikular tidak berulang.

Sumber: Sajakongsi.com

No comments

Powered by Blogger.