Ini Yang Dapat Bila Selalu Amalkan Minum Jus Tomato - Abang Terlajak Laris


Ini Yang Dapat Bila Selalu Amalkan Minum Jus Tomato

Sumber: Simply Recipes

Tomato boleh terus dinikmati, dibuat jus, sos, dimasak, dibuat sambal goreng mahupun dijadikan salad.  Buah tomato kaya dengan pelbagai jenis vitamin, seperti A, C, K, Asid folat dan ‘potasium’. Dengan pelbagai kandungan yang dimiliknya, jadi tidak hairan apabila rajin memakan buah tomato ia akan meningkatkan daya ketahanan tubuh anda. Selain itu, turut membantu dalam penglihatan anda.

Berikut manfaat lain, daripada jus tomato buat kesihatan tubuh:

1.  Menurunkan Kolesterol Jahat
Tomato juga mengandungi ‘naicin’ yang boleh menstabilkan kadar kolesterol dalam tubuh anda. Selain itu, tomato juga kaya serat yang boleh membantu kolesterol jahat dalam darah anda.

2.  Kesihatan Hati
Tomato juga menjadi sumber vitamin B6 yang boleh menjaga sel-sel darah merah anda daripada kerosakan. Selain itu, tomato juga kaya dengan kalium yang boleh menstabilkan tekanan darah anda.

3.  Mengurangkan Berat Badan
Minum jus tomato secara teratur adalah cara paling mudah untuk menurunkan berat badan. Rendah kalori dan membantu membuang racun dalam tubuh anda alah manfaat lain daripada jus tomato. Mengambil jus tomato bukan sekadar menyihatkan, malahan akan membuatkan anda tetap langsing!

4. Menghindari Dehidrasi
Tomato mengandungi banyak air, jus ini akan membantu anda terhindar daripada dehidrasi.

5.  Menjaga Kesihatan Jantung
Manfaat jus tomato yang dapat menurunkan kolesterol jahat juga akan memberikan efek sampingan pada kesihatan jantung. Vitamin B6 yang ada di dalamnya akan membantu melindungi pembuluh darah daripada kerosakan. Jus tomato juga mengandungi ‘potasium’ yang boleh menurunkan tekanan darah pada tubuh.

No comments

Powered by Blogger.