Jika Suami Ada 7 Tanda Ini, Ketahuilah Kemungkinan Dia Tengah Curang Di Facebook - Abang Terlajak Laris


Jika Suami Ada 7 Tanda Ini, Ketahuilah Kemungkinan Dia Tengah Curang Di Facebook

Foto: crossfitaccess.com

Jika benar anda pasangan yang jujur, mengapa harus merahsiakan kata laluan masuk? Jika anda tiada rahsia, tidak perlu berahsia, malah pasangan anda berhak untuk mengetahu password anda itu.

Perhati 7 tanda-tanda ini:

Sering online Facebook pada waktu malam

Jika anda perasan, mungkin pasangan anda nampak sedikit berahsia. Online Facebook pada tengah malam sahaja ketika anda sedang tidur. Jika air mukanya berubah bila melihat anda sedar yang dia sedang berkelakuan aneh, sebaiknya anda periksa telefon suami anda samaada dia berlaku curang atau tidak.

Kata laluan

Sesekali pinjam telefon bimbit suami dan cuba buka Facebooknya, jika terdapat kata laluan, anda cuba meminta dengannya. Jika dia bertindak aneh dengan melarang anda untuk memasuki laman facebooknya, sudah pasti ada sesuatu yang disembunyikan!

Tidak boleh berjauhan dengan telefon

Jika sudah dilamun cinta, pasti mahu 24 jam berborak sahaja. Cuba anda meminjam telefon pasangan anda, jika dia menolak keras dan sepertinya ada sesuatu yang disorokkan, lebih baik anda berhati-hati.

Hati-hati. Memang ada banyak pasangan yang bijak menyembunyikan helah ini.

Seringkali update status dan gambar

Pasangan anda suka update sttaus dan memuat naik gambar berseorangan di Facebook. Malah setiap kali update status pun tiada nama anda disebut seolah-olah dia masih ‘single’ pula. Sepertinya dia sedang menjaga hati seseorang dan mahu menarik perhatian seseorang ya!

Online tapi tidak aktif di Facebook

Mungkin pasangan anda sedang seronok melayan chatting dengan seeorang di inboxnya, dan disebabkan itu, dia hanya online untuk berchatting dengan ‘kekasih gelap” nya sahaja.

Memiliki lebih dari 1 akaun Facebook

Jika mempunyai satu facebook sahaja, mungkin ianya bukan hal yang aneh. Tetapi jika memiliki lebih dari satu, itu mungki sesuatu yang aneh dan macam ada yang tidak kena!

Mungkin juga dia memiliki akaun lain untuk kekasih gelap nya itu.

Menyembunyikan Telefon apabila terkantoi

Bila terkantoi dengan isteri, isteri nak pegang telefon pun susah. Mungkin sebab takut nanti isteri periksa segala perbualan.

Kadang-kadang pelik dengan perangai yang suka mengaku ‘single’ walaupun sudah memeiliki ramai anak. Jika terkantoi nanti takut isteri marah pula. Jika anda benar-benar jujur dan ikhlas mencintai isteri anda, sudah pasti anda tidak akan melukakan hati isteri yang sudah banyak berkorban untuk anda.

Sumber: My.theasianparent.com

No comments

Powered by Blogger.