Kacang Tepung Berempah 'Homemade', Mudah & Sedap! - Abang Terlajak Laris


Kacang Tepung Berempah 'Homemade', Mudah & Sedap!


Sedapnya kacang berempah ni. Sebalang besar ada depan mata, memang laju je masuk mulut sampai tak sedar dah habis. 

Selain enak dinikmati sambil menonton TV, boleh juga dijadikan kudapan buat tetamu masa hari raya nanti. 

Kacang tepung Berempah perkongsian saudari Ida Elvira Harizal.

BAHAN-BAHAN:

500gram kacang tanah (bersihkan, cuci dan keringkan sehari sebelum goreng)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula
3 sudu kecik garam
2 butir telur ayam
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras


CARA MEMASAK:
1. Semua bahan dicampurkan dan gaul sebati, kecuali tepung.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sebati.
3. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana. Pecah-pecahkan kacang yang melekat dengan sudip.
4. Bila dah nampak garing, angkat dan tos kan minyak. Jangan goreng terlalu garing, kacang akan rasa sedikit hangit.
5. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

No comments

Powered by Blogger.