Boleh Bawa Maut, Siapa Berisiko Dan Tanda Tandanya Kemurungan - Abang Terlajak Laris


Boleh Bawa Maut, Siapa Berisiko Dan Tanda Tandanya Kemurungan



Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.

Mengapa seseorang mengalami kemurungan?

Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga
Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan
Contoh: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa

Penyakit kronik
Contoh: Epilepsi (Sawan), asma dan kanser

Ciri-ciri peribadi
Penyalahgunaan dadah
Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Contoh: Steroid, ubat cegah kanser

Bagaimana mengenal pasti seseorang mengalami kemurungan?

Sentiasa sedih dan menangis
Mudah tersinggung
Tidak bermaya
Tidak berupaya untuk menikmati aktiviti-aktiviti kegemaran
Rasa bersalah yang tidak menentu
Sakit – sakit badan
Kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan
Contoh: Sentiasa mengalami sakit kepala, letih atau sakit perut
Jauhkan diri daripada sahabat dan keluarga
Cubaan untuk mencederakan diri sendiri dan membunuh diri
Bagaimana anda membantu seseorang yang mengalami masalah kemurungan?

Antara langkah-langkah yang boleh diambil termasuklah:

Menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang beliau percaya, seperti;

Ibu bapa
Ahli keluarga yang dipercayai
Kaunselor sekolah
Guru agama
Jadilah sahabat yang sentiasa memberi sokongan
Mendengar
Menghibur hati
Menasihati

ATAU

Memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan daripada individu yang lebih berkelayakan:

Doktor
Ahli Psikologi
Pakar Psikiatri

No comments

Powered by Blogger.