Lelaki Kena Ambil Tahu! Cara Kesan Kewujudan Kanser Prostat - Abang Terlajak Laris


Lelaki Kena Ambil Tahu! Cara Kesan Kewujudan Kanser Prostat


Kanser prostat merupakan antara penyakt yang sangat digeruni oleh kaum lelaki terutamanya dan kebanyakannya membawa maut. Selalunya penyakit barah mengalami pelbagai gejala tetapi lain pula dengan barah prostat yang sering dialami oleh lelaki.

MENURUT DR. RASHID TERDAPAT JUGA PESAKIT YANG TIDAK MENGALAMI SEBARANG SIMPTOM YANG MENYEBABKAN MEREKA SUKAR UNTUK MENGESAN KEWUJUDAN KANSER TERSEBUT PADA PERINGKAT AWAL. SEBALIKNYA MEREKA HANYA MENYEDARI BILA IA SUDAH SAMPAI HINGGA KE TAHAP SERIUS.


Oleh itu beliau menyarankan agar lelaki terutama yang melebihi usia 50 tahun supaya sebaiknya pergi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengatasi perkara ini daripada semakin memburuk.

“Ujian melalui kaedah Prostate-Specific Antigen (PSA) boleh membantu dalam proses untuk mengenal pasti sama ada protein yang dihasilkan oleh tisu prostat tersebut adalah normal atau tinggi. Bagi lelaki di bawah 40 tahun, bacaan normal ialah pada paras 2.5 sementara bagi yang berumur lebih dari 50 tahun ialah 4.

“JIKA BACAANNYA DIDAPATI LEBIH DARIPADA PARAS ITU, ANDA PERLU MEMBUAT PEMERIKSAAN DENGAN LEBIH LANJUT MELALUI BEBERAPA KAEDAH BAGI MEMASTIKAN SAMA ADA ANDA BENAR-BENAR DIHIDAPI KANSER ATAU TIDAK.

“Antara kaedah lain digunakan untuk pemeriksaan awal ialah DRE (Digital Rectal Examination) di mana doktor akan memasukkan jari melalui saluran dubur dan merasa buah kelenjar. Jika ia terasa lembut, itu menandakan kelenjar prostat anda dalam keadaan normal tapi jika keras, maka itu adalah antara tanda-tanda kewujudan kanser.

“Begitu pun bagi memastikan ia lagi, anda perlu membuat pemeriksaan dengan lebih lanjut melalui beberapa kaedah seperti melakukan ultrasound, CT Scan (Computed Tomography Scan) atau MRI (Magnectic Resonance Imaging).


“NAMUN, KAEDAH PALING TEPAT IALAH BIOPSY DI MANA DOKTOR AKAN MENGAMBIL SEDIKIT TISU DI BAHAGIAN PROSTAT TERSEBUT DAN DIBUAT UJIAN MAKMAL KE ATASNYA.

No comments

Powered by Blogger.