Masih Bertenaga Di Usia 83, Ini Cara Berpantang Yang Diamalkan - Abang Terlajak Laris


Masih Bertenaga Di Usia 83, Ini Cara Berpantang Yang Diamalkan


Tok Puan Jusoh, pakar bidanberumur 83 tahun tapi tenaga Tok Puan mengalahkan orang-orang muda. Sebabnya, tenaga urutan Tok Puan ni memang boleh sampai rasa nak patah tulang.

Nak bertenaga macam Tok Puan, rahsianya cuma kena berpantang dengan betul lepas bersalin.

Orang-orang dulu berpantang siap ada bara api. Letak di belakangnya bagi menggantikan tungku yang ramai wanita guna sekarang.

Berani ke nak berpantang macam tu? Habis je berpantang, kulit-kulit badan siap boleh dikupas-kupas selepas ‘dipanggang’ selama 45 hari.

Dan hasilnya, orang-orang dulu lagi kuat dari orang zaman sekarang.

Tok Pun Jusoh
Ini Pesanan Tok Puan.

1. Stokin
Wajib pakai untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.

2. Dilarang Mencangkung
Koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?

3. Rapatkan Kaki
Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. Kesian miss v. Rapatkan kaki anda, dan bantu’nya’ cepat sembuh dari luka.

4. Wanita Berpantang Bukan Ultraman
Jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja-kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.

5. Bangun Di Awal Pagi Dan Elakkan Tidur Senja
Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut-urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.

6. Jangan Keluar Rumah Kecuali Ke Klinik
Wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh menjemput ‘orang ketiga’. Elakkan.

7. Jaga Ibu Jari Kaki
Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan wanita yang berpantang ni pitam, malah bentan.

Sumber: 9 Bulan 10 Hari, Nazira Nazir

No comments

Powered by Blogger.