Minuman Sesuai Untuk Ibu Menyusu, Nak Kulit Cantik & Sihat - Abang Terlajak Laris


Minuman Sesuai Untuk Ibu Menyusu, Nak Kulit Cantik & Sihat


Perkongsian oleh Mardziah Abdul Rahman,

Petang yang santai ni nak share minuman yang saya amalkan especially time pantang dan breastfeed.
Sangat sesuai untuk mommies yang tengah breastfeed untuk tambah susu badan, nak kulit cantik dan nak sihat.

1 genggam kurma merah
1 genggam longan kering
2 sudu besar barli
4 -5 batang 'tong sum' / 'dong shen' ( boleh dapat di kedai sensei)
6-7 biji goji
Air secukupnya

Rebus semuanya sampai kembang. Saya tak letak gula sebab kurma tu dah manis kan. Tapi kalau nak manis lagi, boleh tambah gula batu madu.

Tong sum aka dong shen ni sangat bagus untuk kulit. Yang saya tau, ini sumber kolagen paling murah. So, tak dapat makan bird nest atau marine collagen, boleh rebus minuman ni. Saya saja tambah barli untuk reduce heat badan di kala musim panas ni. Boleh diminum seisi keluarga.

No comments

Powered by Blogger.