Cheesy Veggie Balls, Resepi 'Pikat' Anak Suka Makan Sayur - Abang Terlajak Laris


Cheesy Veggie Balls, Resepi 'Pikat' Anak Suka Makan Sayur


Perkongsian oleh Alia Aziz,

Hari ini nak nak share dengan korang resepi veggie cheese balls untuk anak-anak. Sangat sesuai untuk anak-anak yang picky eater tengok sayur pun macam tengok hantu dan sesuai untuk tambah iron! 

BAHAN-BAHAN 

1. Broccoli
2. Serbuk roti/ atau boleh goreng roti tanpa minyak atas pan sampai garing lepastu hancur2 kan.
3. Telur
4. Tepung serbaguna. Kalau takde boleh campurkan tepung gandum, tepung jagung, perasa kan dengan garam sikit siap.
5. Bayam
6. Cheedar cheese

CARA-CARA


1. Steamkan broccoli sampai lembut.

2. Tos kan broccoli yg dah di steam. Cincang broccoli dan bayam halus-halus dan satu kan kesemua bahan dalam satu mangkuk.

3. Bentukkan bulat dan goreng dalam api yang perlahan sehingga keperangan.




via Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.