Nasi Sejuk Jadi Cucur, Sedap Dan Jimat! Cucur Nasi - Abang Terlajak Laris


Nasi Sejuk Jadi Cucur, Sedap Dan Jimat! Cucur Nasi


Menu ini boleh dijadikan sarapan pagi atau  sajian petang.

Bahan-bahan:
2 cawan nasi
Air secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan tepung gandum
½ cawan ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji cili besar} dihiris

Cara membuat:
1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
4. Panaskan minyak, goreng cucur.

NOTA:
Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.

No comments

Powered by Blogger.