Pelbagai Khasiat Untuk Kesihatan Air Rebusan Ini - Abang Terlajak Laris


Pelbagai Khasiat Untuk Kesihatan Air Rebusan Ini


Perkongsian oleh Maria Bentalib,

Patutlah air kurus viral ini diminati ramai, sampai sehari tak minum rasa macam setahun. Rupanya, sebab manfaat air ni bukan takat untuk kurus je, tapi juga bagus untuk turunkan kadar gula dalam darah dan memacam lagi.

Mana taknya, bahan bahan semuanya organik dan sangat berkhasiat. Ni dia Maria share resepi sekali dengan khasiat dari tiap bahan tu:

1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon (kayu manis biasa tak bagus untuk kesihatan)
3 hiris halia diketuk
1 biji lemon
Madu

Cara cara:
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15 - 20 minit.

Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah 1 hirisan lemon dan 1 sudu madu. Minum ketika suam sebelum makan.

Balance air rebusan boleh disimpan dalam peti sejuk. Bile nak minum, ambil air setengah gelas dan tambah setengah gelas air panas. Minum suam suam okay.

No comments

Powered by Blogger.