Pernah Makan Sup Tepung? Ini Resepinya - Abang Terlajak Laris


Pernah Makan Sup Tepung? Ini Resepinya


Perkongsian oleh Joriah Jue,

Alhamdulillah jadi favorite family. Hari ni buat sarapan, boleh juga buat makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan sesuai untuk orang sakit, orang tua dan kanak kanak.

Bahan paling mudah dan murah.

Bahan bahan

3 cawan tepung gandum
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 sudu ikan bilis
Seikat sawi
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Cara cara

1. Uli tepung + sedikit garam + air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih dan merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.
3. Masukkan air 1 liter. Biarkan rendidih.
4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, terikan guna dua dua tangan, hingga jadi sekeping nipis. Masukkan dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar mengelegak sekejap, agar tepung masak.
5. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.
6. Ikut suka, keempukan sawi. Tutup api, sedia dimakan.






No comments

Powered by Blogger.