Petua Hilangkan Bau Badan Secara Semulajadi - Abang Terlajak Laris


Petua Hilangkan Bau Badan Secara Semulajadi


Perkongsian oleh Puan Wann Rohani,

Ini resepi untuk menghilangkan bau badan dan sekaligus mewangikannya secara semulajadi.

BAHAN-BAHAN

3 batang serai
2 daun pandan
2 mangkuk air

CARA-CARA

Jom ikuti langkah-langkah membuat air rebusan ini.

1. Potong atau titikkan serai dan pandan.
2. Masukkan serai dalam periuk yang dah diisi air. Didihkan serai sampai wangi.
3. Kemudian masukkan daun pandan. Didihkan selama 2 minit dan tutup periuk.
4. Jangan buka tutup periuk bagi mengelakkan semua wangian meruap ke persekitaran. Bila dah agak-agak suam, dah bolehlah minum seperti biasa.

Minum air rebusan ini setiap hari pada bila-bila masa. Rasanya tawar-tawar saja, tapi baunya cukup wangi. Tak ada masalah nak meminumnya seperti sesetengah herba lain yang terasa pahit.

Kalau nak keluarkan angin dalam badan, tambahkan sedikit halia yang telah dihiris.

Boleh juga tambahkan air ini dengan 2 liter air kosong. Letakkan dalam peti ais dan minum sepanjang hari. Insha Allah berkesan.

JIMAT, MUDAH, DAN SEMULAJADI

Melalui pengalaman Puan Wann Rohani sendiri, apa yang menariknya dengan meminum air rebusan ini adalah ia boleh mengelakkan badan berbau, malah menjadikan peluh berbau ‘wangi’.

Jadi, memang sesuai sangat sebagai alternatif bagi mereka yang tak serasi menggunakan deodoran kimia di pasaran. Di samping itu, pakar turut menyarankan untuk kurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari bagi mereka yang ada masalah  badan berbau. Apapun, cubalah dulu baru tahu kesannya ya.

No comments

Powered by Blogger.