Kecutkan Rahim, Buang Angin, Melangsingkan Badan Untuk ibu Lepas Bersalin - Abang Terlajak Laris


Kecutkan Rahim, Buang Angin, Melangsingkan Badan Untuk ibu Lepas Bersalin


Perkongsian oleh Ajumohit,

Bahan-bahan cukup mudah, tapi mudah macamana pun kalau malas nak buat, acik takleh nak tolonglah ya. Ok mula-mula carilah kunyit dan halia kat celah-celah dapur korang tu. Takde? Pegilah kedai beli, seeloknya dapat kunyit muda baru elok sikit kot. Takdelah kuning sangat macam saya punya ni. Saya guna kunyit dah tua, dah macam nak masak lemak cili api pun ada rupanya tu.

Buang kulit halia dan kunyit, korang basuh dan blend kan diorang bersama. Blend guna air masak tau, sebab lepas proses blend tu, korang tapis masuk dalam cawan.

Dah tapis habuk dan serat kunyit halia tu. Masukkan pula asam jawa segera tu ke dalam air kunyit dan halia yang dah ditapis. Dan akhir sekali masukkan madu, kacaukan sehingga sebati dan serasi bersama #sehatisejiwa.

Senang kan? Dengan 4 bahan di atas, makanya korang dah dapat minuman ala-ala jamu untuk kesihatan badan. Sebenarnya fungsi air kunyit dan halia ni adalah baik untuk dalaman ibu selepas bersalin. Salah satunya untuk kecutkan rahim kita, buang angin, melangsingkan badan dan juga banyakkan susu badan, i like!!! So nak taknak untuk itu kene telan jugaklah ya. Baca bismillah jangan lupa. Dan biasanya ia elok diminum secawan sehari selama 3 hari berturut-turut ya. Yummeh sangat!!


No comments

Powered by Blogger.