Petua Rawat Batuk Dengan Bawang Putih - Abang Terlajak Laris


Petua Rawat Batuk Dengan Bawang Putih


Puan Farid Farida yang berbesar hati untuk berkongsi petua rawat batuk yang beliau amalkan ketika anak-anaknya diserang batuk dan demam silih berganti.

Anak-anak batuk dah masuk minggu ke-3. Demam kebah, demam kebah, sampai 2 kali pergi emergency department sebab suhu tinggi sangat. Macam-macam antibiotik dan remedi lain yang saya dah buat, tapi belum ada rezeki nak sihat lagi.

Alhamdulillah, bila amalkan petua rawat batuk dengan bawang putih ini,batuk dah kurang, demam pun dah kebah.

Jadi, saya ingin kongsikan remedi ini yang saya dapat daripada sorang Aunty Cina yang masa tu kasihan tengok anak lelaki saya batuk tak henti-henti. Mudah-mudahan ia dapat memberi bermanfaat juga untuk orang ramai di luar sana.

BAHAN-BAHAN

7 atau 9 ulas bawang putih

Air 1 1/2 cawan

Gula batu 4-5 biji

CARA-CARA
1. Rebus semua sehingga sehingga jadi suku cawan. Guna api yang paling perlahan.

2. Minum 3 Kali Sehari.

3. Minum semasa air rebusan masih suam-suam. Amalkan 3 kali sehari. Saya buat sekali rebus untuk 2 kali minum.

Petua ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak setahun ke atas. Tapi menurut respon daripada post beliau, ada yang pernah buat untuk bayi yang kurang daripada umur 1 tahun, tapi tak menggunakan gula. Cuma rebusan bawang putih. Kuantiti yang diambil juga dikurangkan. Katanya sesuai dan berkesan.

Tak salah mencuba kerana bahan yang digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan.

Petua rawat batuk ini diamalkan secara sampingan saja, sebagai ikhtiar selain rawatan yang dipreskripsikan doktor.

Sumber FB Puan Farid Farida Via Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.