Petua Untuk Turunkan Suhu Panas Anak Demam - Abang Terlajak Laris


Petua Untuk Turunkan Suhu Panas Anak Demam


Perkongsian oleh Norshahida Lambri,

Ingat lagi dedulu, mak shyda selalu buat minyak bawang merah ni. Yelah masa tu takde minyak moden macam sekarang.

Pantang kena hujan siket, dah demam selsema. Mulalah malam tido tak selesa, merengekkkk.
Kecik dulu salah makan jek, perut mulalahhhh meragam kembung.

Mak terus buat minyak bawang, kelentang kelentung dekat dapo, hehehehe.

Sekarang ni pun shyda masih amalkan petua ni, bila anak-anak demam. Mungkin dah serasi, aysar tengah demam. Memang panas badan dia, hati ibu mana yang tak risau anak tak sihatkannnn.

Shyda memang buat minyak bawang buat stok, simpan dalam bekas kedap udara.

1. Ambil 4 ulas bawang merah, tumbuk kasar dengan kulit sekali. Jangan halus sangat nanti jadi pes pulak.

2. Letakkan bawang tadi dalam bekas yang kita nak simpan. Masukkan minyak kelapa, agak-agak tenggelam bawang tadi.

3. Ramas-ramaskan bawang dengan minyak tadi, sampai sebati. Supaya jus dari bawang tu keluar, sukeee baunya.

4. Boleh simpan dalam bekas kedap udara. Alaaaa tupperware dekat umah korang tu kan penuh lemari, pakai jeklahhh, tahan sebulan tau.

Shyda sapukan dekat dada, dekat perut dia sambil buat urutan manja. Belakang badan pastu ke betis dan tapak kaki. Memang rasa hangat satu badan, besttt.

Lagi cuaca hujan ni, sejuk perut mudah kembung.

Alhamdulillah malam dia tido pun nyenyak. Mungkin badan dia dah selesa hangat minyak bawang.

Kita usaha mana yang kita mampu.

Nota seorang ibu : Kalau suhu terlampau tinggi pergilah klinik, jangan dibiarkan.

No comments

Powered by Blogger.