Rambut Gugur Teruk Lepas Bersalin? Cuba Amalkan Petua Ini - Abang Terlajak Laris


Rambut Gugur Teruk Lepas Bersalin? Cuba Amalkan Petua Ini


Perkongsian oleh Puteri Erni Amer,

Selamat malam semua. Saya nak share satu petua untuk atasi masalah keguguran rambut bagi ibu-ibu yang sedang preggy ataupon lepas bersalin. Petua ni saya guna masa saya alami keguguran rambut yang teruk selepas bersalin.

Bangun pagi rambut gugur di lantai. Paling malu bila suami tegur dan kutip sehelai-sehelai rambut atas tilam dan bantal. Saya dah cuba pelbagai shampoo yang mahal , tapi masih sama. Ada orang cakap perubahan hormon.

So ni petuanya ,

Saya gunakan santan dan limau nipis. Senang je cara dia. Awak boleh guna santan pure yang diperah sendiri ataupon nak mudah guna santan kotak. Saya suka beli santan kara sebab pekat. Ambil sebiji limau nipis , belah dan perah ke dalam santan tersebut.

Lumur pada kulit kepala dan keseluruhan rambut. Nak ada effect soothing , awak boleh letak sejam dua dalam peti ais sebelum proses melumur. Selepas lumur , tunggu santan kering dan boleh bilas dengan air sejuk.

**NOTA PENTING
Jangan bilas guna air suam atau air panas. Tidak elok untuk rambut. Rambut boleh jadi kering dan rosak. Seeloknya bilas tanpa shampoo. Biarkan minyak santan tersebut semalaman. Esok pagi baru cuci guna shampoo.

Petua ni proven tau. Saya buat dua kali seminggu. Alhamdulillah , rambut gugur semakin berkurang. Rambut kembali lebat dan kuat. Boleh juga lumur pada rambut anak yang kurang tumbuh.

No comments

Powered by Blogger.