10 Buah Buahan Mengandungi Vitamin C Terbaik - Abang Terlajak Laris


10 Buah Buahan Mengandungi Vitamin C Terbaik

Foto: Medical Xpress
Setiap hari tubuh memerlukan Vitamin C kerana tubuh tidak dapat mengeluarkan Vitamin C dengan sendiri. Jadi, sebab itulah anda disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan makanan semulajadi seperti buah-buahan yang mengandungi Vitamin C

Manusia terutama wanita biasanya memerlukan 75 mg – 500 mg Vitamin C setiap hari dan ia boleh diperoleh dari buah-buahan.

Ini antara buah-buahan yang mengandungi Vitamin C terbaik:

1. JAMBU BATU
Kandungan Vitamin C dalam jambu batu hampir dua kali ganda dari limau. Dalam sebiji buah jambu batu yang berukuran sederhana mengandungi lebih daripada 250mg Vitamin C. Selain itu, jambu batu juga kaya dengan Serat, Asid Folat, Kalium dan Mangan

2. OREN
Sebiji oren menyediakan 50 sampai 70 mg Vitamin C, setara dengan keperluan harian Vitamin C yang kita perlukan. Oren juga merupakan sumber Serat, Folat, serta Anti-oksidan, Vitamin dan Mineral.

3. BETIK
Buah betik merupakan antara buah-buahan yang mengandungi Vitamin C yang cukup tinggi. Selain itu, betik juga mengandungi nutrisi lainnya seperti Vitamin A dan B9(Folat) yang baik diambil oleh wanita yang sedang hamil.

4. DELIMA
Sebiji buah Delima menyediakan 40 peratus keperluan Vitamin C harian anda. Delima juga mengandung Folat, Serat, Kalium, Niasin, Vitamin A dan E. Antosianidin dalam Delima memiliki sifat Anti-oksidan dan Anti-inflamasi, yang menurunkan kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah Osteoarthritis , Alzheimer, kanser payudara, Leukemia, kanser paru dan kanser prostat.

5. EPAL
Kandungan Vitamin C dalam 100 gram buah epal adalah 5 mg. Epal juga kaya akan Flavonoid Anti-oksidan yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebiji epal sederhana besar memiliki lebih kurang 80 kalori.

6. KIWI
Buah Kiwi mempunyai citarasa buah yang cukup unik. Tekstur daging dan bentuknya juga eksotik. Sama seperti buah Oren, buah Kiwi juga mengandungi Vitamin C yang tinggi. Pengambilan buah Kiwi secara teratur akan menjaga sistem ketahanan tubuh agar sentiasa baik.

7. ANGGUR
Buah Anggur memiliki kandungan Vitamin C yang tak kurang hebatnya iaitu 10.8 mg tiap 100 gramnya. Anggur merah juga mengandungi Zat Besi, Kalium, Serat dan Anti-oksidan

8. DURIAN BELANDA
Durian Belanda adalah buah yang kaya Vitamin dan Serat. Setengah biji buah Durian Belanda bersaiz sederhana sudah cukup untuk memenuhi seluruh keperluan Vitamin C dan setengah keperluan Serat harian anda. Vitamin C merupakan Anti-oksidan yang sangat baik untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan memperlambatkan proses penuaan semulajadi.

Serat sangat baik untuk membantu penghadaman dan detoksifikasi. Buah Durian Belanda juga mengandungi Fosfor dan Kalsium, iaitu dua mineral penting untuk pembentukan jisim tulang dan mencegah Osteoporosis.

9. STRAWBERRI
Pengambilan buah Strawberi pada setiap hari boleh membantu anda mengawal penyakit Diabetis dan mencegah penyakit jantung. Strawberi juga merupakan sumber Vitamin C dan Anti-oksidan. Sebiji Strawberi yang beratnya 147 gram mengandungi sebanyak 86.5mg Vitamin C.

10. MANGGA
Sebiji buah Mangga biasanya mengandungi 60 mg Vitamin C. Anti-oksidan dalam Mangga membantu mencegah Artritis, mempercepatkan penyembuhan luka dan sangat baik untuk sistem ketahanan tubuh.

Sumber: LelakiSihat

No comments

Powered by Blogger.