10 Petua Bersihkan Kulit Kerang Dengan Cara Mudah - Abang Terlajak Laris


10 Petua Bersihkan Kulit Kerang Dengan Cara Mudah


Perkongsian oleh ‎Shida Rahman‎,

Siapa suka makan kerang? Saya sangat suka makan kerang. Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri kan. Sebelum ni saya gaul gaul ramas ramas gitu banyak kali, buang airnya, ramas lagi dan lagi pastu terus rebus.  Rupanya ada petua cara mudah untuk bersihkan kerang.

Cara 1:
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. 

Cara 2: 
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.

Cara 3: 
Gaul dengan daun ubi. ramaskan... bersih jugak.

Cara 4: 
Guna daun betik pun boleh putih bersih.

Cara 5: 
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih.Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan je utk memasak.

Cara 6:
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.

Cara 7: 
Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.

Cara 8: 
Rendam asam keping pon boleh...dalam setengah jam gitu... putih bersih kerang.

Cara 9: 
Rendam kerang guna garam.

Cara 10:
Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16minit.

Sumber: Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.