Skrub Untuk Jadikan Kulit Wajah Lebih Bersih & Cerah - Abang Terlajak Laris


Skrub Untuk Jadikan Kulit Wajah Lebih Bersih & Cerah



Perkongsian oleh Salmah Rabun,

3 bahan dari dapur iaitu gula, garam dan beras

Bahan-bahan dan cara-cara:

1. Ambil 3 genggam beras, 2 sudu besar gula dan 1 sudu teh garam

2. Hancurkan ketiga-tiga bahan tersebut menggunakan mesin pengisar

3. Masukkan ke dalam bekas untuk diguna berulang kali

4. Tuangkan sedikit ke tapak tangan, campur dengan air paip dan scrubkan pada wajah. Nak lebih mudah buat di sinki atau bilik air. Selalu dia payah sikit nak lekat. So buat double layer. First layer basahkan dengan air dan scrub lembut pada wajah. Second layer tepekkan beras kisar tadi ke wajah dengan jari yang basah (tujuan nak tebalkan scrub)

5. Biarkan selama 10-15 minit sampai rasa cekang kat muka kemudian bilas dengan air bersih. Segar giler weh!

Amalkan selama 14 hari secara konsisten dan lihat perubahan pada wajah anda

Sebaiknya malam atau hujung minggu. Tak rushing. Time mandi pun boleh jadikan scrub tapi tak dapat serapan lama.

Selamat mencuba!


No comments

Powered by Blogger.