4 Bahan Ini Digabungkan Jadi Racun Serangga Perosak - Abang Terlajak Laris


4 Bahan Ini Digabungkan Jadi Racun Serangga Perosak


Paling best cara ini bukan hanya serangga tapi juga boleh jadikan semburan untuk kucing dan tikus yang suka meninggalkan najisnya di satu-satu kawasan. Dua haiwan ni pasti takut nak ‘membuang’ di situ lagi. Jom cuba petua ni.

Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’

Caranya:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi.
2. Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
3. Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
4. Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
5. Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.

Selamat mencuba!

Sumber: Kebun bandar

No comments

Powered by Blogger.