3 Cara Jadikan Bubur Nasi lebih Berkhasiat & Sedap - Abang Terlajak Laris


3 Cara Jadikan Bubur Nasi lebih Berkhasiat & Sedap


Bubur adalah sangat popular bukan sahaja sebagai sajian untuk mereka yang sakit tapi juga sebagai makanan kesihatan untuk para atlet juga. Berikut adalah beberapa tambahan untuk bubur anda agar ia lebih berperisa dan lebih menarik.

1. Kayu Manis

Mencampurkan kayu manis ke dalam makanan anda menurut kajian, boleh membantu menurunkan kemungkinan anda untuk mendapat risiko sakit jantung sambil menstabilkan kadar gula dalam darah. Taburkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam bubur anda untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi kerana ia juga baik untuk menurunkan berat badan anda.

2. Beri Biru

Buah-buahan beri ini mahal pada asalnya. Beri biru mengandungi sumber anti-oksidan yang paling tinggi yang boleh menurunkan tekanan darah sebanyak 10%. Untuk menjimatkan wang anda dan mengelakkan buah-buahan tersebut dari membusuk terlalu cepat cuba beralih pada Waitrose sejuk beku yang sedia ada.

3. Badam

Tinggi dalam magnesium, vitamin E dan juga protein, badam membantu merendahkan kadar kolesterol dan memanjangkan hayat seseorang. Namun jangan pula anda mengambilnya dengan terlalu banyak. Bimbang ia akan bertukar menjadi kalori yang sukar untuk anda bakar nanti.

Sumber: Lelaki Sihat

No comments

Powered by Blogger.